• Tular Wanita Ini Hempuk Lelaki Guna Budak Kecil

    Published: Monday, 5 March 2018
    A- A+


    Muncul satu klip video mengejutkan menunjukkan seorang wanita menggunakan anak kecil sebagai 'senjata' untuk membelasah seorang lelaki di sebuah lokasi yang sibuk.

    Video pendek itu menunjukkan orang ramai sedang memenuhi satu kawasan, sebelum seorang wanita dilihat bertindak meludah ke arah lelaki yang lalu di berhampirannya.

    Seorang wanita lain yang berada dekat dengannya segera menyerahkan budak kecil yang sedang dipegangnya kepada wanita berkenaan.

    Wanita itu kemudian terus menghayun dan menghempuk anak kecil itu ke arah lelaki yang diludahinya tadi sebelum mengekorinya.

    Tidak dapat dipastikan di mana klip itu dirakam, tetapi ia dimuat naik ke LiveLeak pada Sabtu dan telah mendapat lebih dari 8,000 tontonan. - Mstar

    Subjects:

  • No Comment to " Tular Wanita Ini Hempuk Lelaki Guna Budak Kecil "