• Trump Terima Tawaran Bertemu Kim Jong Un

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 9 March 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah menerima tawaran bertemu dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, Mei ini.

    Pengarah Keselamatan Kebangsaan Korea Selatan, Chung Eui-yong, memaklumkan perkara tersebut dalam pertemuannya dengan Trump pada Khamis.

    Tawaran tersebut hadir selepas pertemuan yang diadakan di Pyongyang antara wakil Korea Selatan dengan Korea Utara awal minggu ini.

    "Dia menyatakan keinginannya untuk bertemu Presiden Trump secepat mungkin.

    "Presiden Trump menghargai taklimat yang diberikan dan berkata dia akan bertemu dengan Kim Jong Un pada Mei untuk membincang lanjut pemberhentian sepenuhnya isu nuklear Pyongyang," jelasnya.

    Pada taklimat tersebut Seoul telah memaklumkan bahawa Korea Utara menawarkan kesediaan bersemuka dengan Amerika Syarikat bagi membincangkan isu-isu pokok termasuk ujian nuklear oleh Pyongyang. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Trump Terima Tawaran Bertemu Kim Jong Un "