• Trump pecat Setiausaha VA, David Shulkin

    Reporter: Yusz Man
    Published: Thursday, 29 March 2018
    A- A+

    WASHINGTON: Presiden Donald Trump memecat Setiausaha Hal Ehwal Veteran (VA), David Shulkin selepas dikritik hebat dan menamakan doktor peribadinya, Laksamana Muda, Ronny Jackson sebagai pengganti.

    Pegawai Rumah Putih yang enggan dikenali berkata, Shulkin menjadi gangguan berikutan gelombang spekulasi berterusan mengenai masa depannya.

    Sumber itu berkata, seorang penolong setiausaha di Jabatan Pertahanan, Robert Wilkie akan memangku jawatan setiausaha.

    Shulkin mencetus kontroversi berikutan laporan buruk daripada Ketua Jabatan Hal Ehwal Veteran semasa lawatan beliau ke London dan Denmark.

    Beliau secara salah menerima tiket ke kejohanan tenis Wimbledon dan ketua kakitangannya membuat kenyataan palsu bagi membolehkan isteri Shulkin melakukan perjalanan menggunakan perbelanjaan kerajaan.

    Seorang pegawai berkata kritikan terhadap Shulkin 'menyukarkannya untuk melaksanakan tugas sebagai setiausaha VA, tanggungjawab yang diberi keutamaan oleh presiden."

    Jackson, seorang Laksamana Muda Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) bertugas sebagai doktor presiden sejak pentadbiran George W. Bush, dan menjadi ketua doktor dalam memantau kesihatan Trump sejak beliau menjadi presiden. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Trump pecat Setiausaha VA, David Shulkin "