• Trump pecat Penasihat Keselamatan AS

    Published: Friday, 23 March 2018
    A- A+
    (Gambar Utusan)
    WASHINGTON 23 Mac - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memecat Penasihat Keselamatan negara ini, HR McMaster dan menggantikan tempat beliau dengan John Bolton.

    Menerusi Twitter, Trump mengucapkan terima kasih atas perkhidmatan yang disumbangman oleh MacMaster dan menyifatkan beliau sebagai seorang yang hebat.

    MacMaster merupakan pegawai kerajaan AS terbaharu yang dipecat selepas Trump memecat beberapa pegawai di bawah pentadbirannya.

    Minggu lepas menyaksikan Trump memecat Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson dan menggantikan tempat beliau dengan bekas Pengarah CIA, Mike Pompeo. - AGENSI/Utusan


    Subjects:

  • No Comment to " Trump pecat Penasihat Keselamatan AS "