• Trak Terhumban Ke Sungai, 25 Tetamu Majlis Perkahwinan Maut

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Tuesday, 6 March 2018
    A- A+

    MUMBAI: Sebuah trak yang membawa tetamu majlis perkahwinan terhumban ke dalam sebatang sungai yang kering di barat India, hari ini membunuh sekurang-kurangnya 25 orang dan mencederakan berpuluh yang lain termasuk kanak-kanak.

    Hampir 38 orang cedera dan dimasukkan ke sebuah hospital kerajaan di Bhavnagar di negeri Gujarat.

    “Sekurang-kurangnya 60 orang menaiki trak itu bagi menghadiri majlis perkahwinan, Namun pemandu kenderaan hilang kawalan sebelum ia jatuh daripada sebuah jambatan dekat Ranghola,” kata jurucakap polis, Vishal Dinesh Mehta. - REUTERS


    Subjects:

  • No Comment to " Trak Terhumban Ke Sungai, 25 Tetamu Majlis Perkahwinan Maut "