• Tonton siaran ulangan Oscar hari ini, 16 Mac

    Reporter: Yusz Man
    Published: Sunday, 11 March 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Buat mereka yang belum berkesempatan menonton acara berprestij, Academy Awards ke-90, saluran HBO (Astro 411/431) akan menayangkan siaran ulangan acara tersebut pada hari ini pukul 4.20 petang.

    Siaran ulangan Academy Awards berkenaan atau Oscar akan turut ditayangkan pada 16 Mac ini pukul 4 petang di saluran sama selain turut boleh ditonton melalui HBO On Demand dengan aplikasi Astro Go.

    Academy Awards ke-90 yang dikendalikan oleh pengacara hebat Jimmy Kimmel berlangsung pada 5 Mac lalu. Filem fantasi, Shape Of Water yang diarahkan oleh Guillermo del Toro telah dinobatkan sebagai Filem Terbaik. Beliau juga diangkat sebagai Pengarah Terbaik melalui hasil garapan filem sama. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Tonton siaran ulangan Oscar hari ini, 16 Mac "