• Tokan warga Malaysia maut ditembak

    Published: Thursday, 15 March 2018
    A- A+

    PIHAK berkuasa Indonesia menembak mati lelaki dipercayai warga Malaysia kerana disyaki cuba menyeludup dadah jenis syabu dan pil ekstasi ke negara itu.

    Kompas.com melaporkan lelaki dikenali sebagai Piter itu ditembak mati dalam operasi bersama oleh Badan Narkotik Nasional Indonesia (BNN), polis dan kastam pada Selasa lalu.

    Jurucakap BNN Arman Depari berkata, sebelum kejadian pihak berkuasa menahan seorang suspek lain di Jalan Trans Kalimantan, Kecamatan Ambawang, Kabupaten Kubu Raya, Pontianak.

    “Kami menemui dua kilogram syabu dan 30,000 pil ekstasi dalam kenderaan yang dipandu suspek itu.

    “Ketika disoal-siasat suspek memberitahu dia diarahkan seorang lelaki dikenali sebagai Piter untuk membawa dadah berkenaan,” katanya.

    Katanya, pihak berkuasa berjaya mengesan Piter yang menginap di sebuah hotel di Pontianak, tetapi suspek cuba melarikan diri dan melawan ketika cuba ditangkap.

    “Petugas tiada pilihan selain menembak Piter menyebabkan lelaki itu mati,” katanya. - Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Tokan warga Malaysia maut ditembak "