• TN50 : Pendidikan Awal Kanak-kanak Asas Segala-galanya

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Thursday, 1 March 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengalu-alukan cadangan untuk memperkukuhkan pendidikan awal kanak-kanak seperti mana yang dilakukan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor menerusi Permata Negara.

    Beliau berkata, pendidikan awal kanak-kanak merupakan sebahagian daripada inisiatif Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang digagaskannya sejak tahun lepas dan bakal menentukan halatuju generasi akan datang.

    “Pendidikan awal kanak-kanak itu adalah segala-galanya. Kalau kita cakap permasalahan tentang sosial, hubungan kaum, keruntuhan nilai, akhlak dan dadah semuanya bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak

    “Ia perlu dibina sebagai asas untuk negara, secara mental, emosi, intelektual, semangat hampir kesemua masalah ini ada dalam negara, jadi kita kena labur dalam pendidikan awal ini,” katanya 

    Najib berkata, generasi muda hari ini benar-benar ingin melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih hebat lagi pada masa akan datang.

    “Apa yang bermula daripada sebahagian daripada ucapan Belanjawan 2017 hari ini sudah jadi satu gerakan di peringkat akar umbi.

    “Respon daripada anak muda mengatakan mereka mahu menjadi sebahagian daripada TN50. Mereka tidak mahu gerakan TN50 terhad kepada golongan tertentu sahaja,” jelasnya.

    Katanya, semua pihak mahu menjadi sebahagian daripada TN50 malah jika ini merupakan cerminan generasi hari ini bahawa mereka akan membawa negara kita kepada satu kejayaan yang lebih tinggi.

    “Saya Najib Razak bukan saya sahaja ada impian tapi kita rakyat Malaysia ada impian dan TN50 adalah impian kita,” katanya lagi – MalaysiaGazette

    Subjects:

  • No Comment to " TN50 : Pendidikan Awal Kanak-kanak Asas Segala-galanya "