• TMJ Mohon Maaf Harimau Malaya Tidak Pernah Menang

    Reporter: Admin
    Published: Wednesday, 28 March 2018
    A- A+
    PETALING JAYA: Bekas presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim secara terbuka memohon maaf kepada pasukan Harimau Malaya.

    Tunku Ismail yang secara rasminya meletak jawatan sebagai presiden FAM Ahad lalu memberitahu pasukan kebangsaan tidak pernah menang sejak beliau mengambil alih tugas tersebut.

    "Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Harimau Malaya.

    "Saya juga ingin meminta maaf kepada pasukan kebangsaan kerana sepanjang saya menjadi Presiden FAM, anda tidak pernah menang.

    "Sekarang saya sudah tiada dan saya harap anda semua akan menang. Bagaimanapun doa dan sokongan saya sentiasa bersama jurulatih dan pemain yang mewakili pasukan kebangsaan.

    "Saya yakin satu hari nanti pasti anda semua akan bangkit dan akan membuat seluruh negara bangga dengan pencapaian pasukan kebangsaan.

    "Sekali lagi saya mengucapkan selamat maju jaya kepada anda semua," ujarnya di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

    Tunku Ismail mengambil keputusan meletak jawatan selepas menyaksikan ranking Malaysia jatuh ke tangga ke-178 dunia.

    Biarpun meninggalkan kerusi panas utama badan induk bola sepak negara ini, Tunku Ismail masih kekal sebagai Pengerusi Malaysia Football League (MFL). - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " TMJ Mohon Maaf Harimau Malaya Tidak Pernah Menang "