• Tindakan DOJ Tidak Berasas, Bermotif Politik - Jho Low

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Thursday, 1 March 2018
    A- A+
    Kuala Lumpur: Ahli perniagaan, Jho Low, melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) meneruskan sitaan aset miliknya, tanpa sebarang langkah membuktikan kesalahan yang dikaitkan terhadap beliau.

    Menerusi kenyataan yang dikeluarkan semalam, jurucakap Low menegaskan yang tindakan yang diambil oleh DOJ selama ini adalah dibuat berdasarkan tuduhan salah serta bermotifkan politik.

    Beliau mendakwa, DOJ meneruskan tindakan merentasi sempadannya, hanya berdasarkan kepada tuduhan tidak berasas dan tanpa bukti.

    "Kami berharap dapat mengemukakan semua fakta kepada mahkamah, bagi membuktikan yang kes yang didakwa DOJ itu adalah tidak berasas," katanya.

    Kenyataan itu dipercayai dikeluarkan jurucakap Low susulan tindakan pihak berkuasa Indonesia yang dilaporkan dengan kerjasama Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat, menyita kapal mewah, The Equanimity, yang didakwa milik ahli perniagaan itu, di perairan Bali, semalam. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Tindakan DOJ Tidak Berasas, Bermotif Politik - Jho Low "