• Tiada tsunami Melayu walaupun Tun M dicalonkan sebagai PM

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 23 March 2018
    A- A+
    SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keputusan Pakatan Harapan mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sementara, jika menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak memberi impak begitu besar kepada Barisan Nasional (BN).

    Beliau yakin pencalonan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tidak akan menyebabkan tsunami Melayu seperti yang didakwa pembangkang sebelum ini.

    “Saya tidak kata tiada gangguan… sikit-sikit itu ada impact tetapi tidaklah seperti orang kata akan terjadi tsunami orang Melayu… tak akan ada,” kata Mohamad yang juga Pengerusi BN Negeri Sembilan dalam temubual khas bersama Bernama di sini.

    Pada 7 Jan lepas, PH menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri jika pakatan itu menang PRU14.

    Menjelang PRU14, yang akan diadakan tidak lama lagi, pakatan pembangkang yang dianggotai DAP, PKR, PPBM dan Parti Amanah Negara menerima secara terbuka kehadiran Dr Mahathir kononnya bagi menyelamatkan Malaysia dan mencanang tsunami Melayu akan berlaku dalam cubaan mereka menumbangkan BN.-BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Tiada tsunami Melayu walaupun Tun M dicalonkan sebagai PM "