• Tiada Seorang Lelaki Pun Boleh Masuk Ke Pulau Ini

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 8 March 2018
    A- A+

    Sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa hari ini, sebuah syarikat percutian mewah telah mengumumkan mereka bakal mewujudkan pulau peranginan khas buat pelancong perempuan sahaja.

    Usahawan Kristina Roth mencipta SuperShe Island yang merupakan pusat perlancongan tertutup dan terletak di tepi pantai di Finland, di mana kaum lelaki tidak dibenarkan untuk masuk.

    Kata Roth, tujuan dia meletakkan syarat tersebut adalah kerana dia mahu menyediakan lokasi percutian bagi wanita yang bebas daripada tekanan masyarakat dan untuk menikmati “aura positif” semulajadi kaum Hawa.

    “Peribadi kita tercipta daripada golongan yang berada di sekitar kita. Jadi dalam falsafah saya, jika kita sentiasa dekat dengan wanita-wanita hebat—maka kita juga akan mendapat pengaruh positif dalam kehidupan kita,” kata Roth kepada CNN Travel.

    Pulau berkenaan hanya menerima 1o wanita setiap kunjungan yang akan ditempatkan di dalam 4 buah kabin mewah yang menawarkan aktiviti sihat dan eluang untuk mengeratkan hubungan sesama wanita.

    Roth membeli pulau itu selepas jatuh cinta terhadap kecantikan kepulauan di negara itu.

    Bagaimanapun, bukan mudah untuk menikmati percutian di Pulau SuperShe itu.

    Ini kerana, Roth akan memilih sendiri pengunjungnya melalui proses saringan dalam laman web pulau tersebut.

    Jadi apakah kriteria yang menjadi pilihan utama Roth?

    “Yang paling penting adalah wanita itu haruslah mempunyai personaliti yang menarik — cool, ceria dan tahu bagaimana untuk menggembirakan suasana.

    Apabila anda bercuti di pulau, takkan nak sedih-sedih pula, kan,” kata Roth lagi.

    Pulau itu dijadualkan bakal dibuka pada bulan Jun tahun ini sempena musim panas di Eropah.

    Bagaimanapun, harga pakej penginapan di Pulau SuperShe itu masih belum dinyatakan, walaupun ramai yang meramalkan harganya agak mahal kerana nilai eksklusivitinya. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Tiada Seorang Lelaki Pun Boleh Masuk Ke Pulau Ini "