• Tiada Kawasan 'Panas' Pilihan Raya Di Sarawak

    Reporter: Yusz Man
    Published: Thursday, 8 March 2018
    A- A+

    Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Sri Amer Awal menjangkakan proses perjalananan Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU) akan sentiasa dalam keadaan aman seperti proses pilihanraya sebelum ini.

    Menurutnya, berdasarkan hasil risikan yang telah dilaksanakan sebelum ini, pihak polis telah mengenalpasti tiada kawasan ‘panas’ yang membolehkan berlakunya ketegangan sepanjang tempoh tersebut.

    Memetik laporan The Borneo Post beliau berkata, setakat hari ini beliau amat berpuashati dengan persiapan Polis Sarawak yang sentiasa dalam keadaaan bersiapsiaga bagi tujuan itu walaupun tarikh sebenar PRU14 masih belum diketahui.

    Jelas Amer, ketika ini seramai 7,017 pegawai dan anggota sudah disiapsiagakan dengan kursus serta latihan yang berkaitan undang-undang umum dan peraturan pilihan raya dan jumlah pegawai dan anggota tersebut adalah jumlah yang dimuktamadkan untuk bertugas sepanjang PRU14 nanti.-Sarawakiana
  • No Comment to " Tiada Kawasan 'Panas' Pilihan Raya Di Sarawak "