• Thierry Henry Tunggu Tawaran 'Meriam Tersumbat'

    Published: Monday, 5 March 2018
    A- A+

    Thierry Henry mengakui 'sentiasa kata ya' jika Arsenal mahukannya mengambil alih tugas Arsene Wenger selaku pengurus pasukan itu.

    Henry, bekas pemain legenda bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berkata dia tidak akan menolak cabaran diberikan kepadanya.

    Malah dia juga bersedia untuk mengambil tempat Wenger.

    Masa depan Wenger menjadi tajuk hangat yang menimbulkan ketegangan selepas tewas empat kali berturut turut dalam semua pertandingan.

    Kekalahan terbaru 2-1 di Brighton, semalam terus mencetuskan kemarahan penyokong agar Wenger meninggalkan kelab London itu.

    Henry, bekas penyerang Gunners kini memikul tugas sebagai pembantu kepada bos Belgium Roberto Martinez.

    Martinez juga memberi sokongan penuh kepada penyerang Perancis jika dia berhijrah ke Emirates.-Evening Standard

    Subjects:

  • No Comment to " Thierry Henry Tunggu Tawaran 'Meriam Tersumbat' "