• Tetak Tangan Anak Ketagih Tonton Video Lucah

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 8 March 2018
    A- A+

    Bengang kerana anak lelakinya yang berusia 18 tahun ketagih menonton video lucah di telefon bimbit, seorang penjual daging telah menetak tangan anaknya itu selepas remaja itu enggan menyerahkan telefon berkenaan kepadanya.

    Kejadian itu berlaku di Hyderabad, India, selepas Mohammad Khalid Qureshi, 18, enggan mematuhi beberapa kali arahan yang diberikan oleh bapanya Mohammad Qayyum Qureshi, 45, supaya menghentikan tabiat buruk itu.

    Pada hari sebelum kejadian, bapanya menangkap sekali lagi Mohammad Khalid menonton video terbabit melalui telefon barunya. Bapanya cuba merampas telefon itu namun dia menggigit tangan lelaki berkenaan dan melarikan diri.

    Mohammad Khalid hanya balik ke rumah pada lewat malam. Keesokannya dua beranak itu bergaduh lagi.

    Mohammad Qayyum yang naik angin dengan anaknya telah mengambil pisau lalu menetak tangan kanan anaknya.

    “Apabila mendengar jeritan Mohammad Khalid, anggota keluarga yang lain berlari mendapatkannya dan mereka kemudian membawanya ke hospital. Tangannya parah dan kemungkinan untuk disambung semula adalah tipis,’’ kata polis.

    Selepan insiden tersebut, Mohammad Qayyum menyerah diri kepada polis dan dia kini ditahan polis. Dia memberitahu anaknya sangat ketagih menonton video lucah dan hanya tidur serta makan sahaja. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Tetak Tangan Anak Ketagih Tonton Video Lucah "