• Tersepit Selepas Van Dipandu Bertembung Lori Tangki Di Sri Aman

    Reporter: Yusz Man
    Published: Thursday, 15 March 2018
    A- A+

    SRI AMAN: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila van yang dinaikinya berlanggar dengan sebuah lori tangki di kilometer 26 Engkeramut, Jalan Sri Aman Serian dekat sini awal pagi tadi.

    Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam lima pagi itu, van yang dinaiki mangsa yang berusia 49 tahun difahamkan telah berlanggar dengan sebuah lori tangki sebelum terbabas ke bahu jalan.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden tersebut pada jam 5.20 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelemat (BBP) Sri Aman dikerahkan ke lokasi sejurus makluman insiden tersebut diterima.

    “Sebaik tiba di lokasi, pihak bomba mendapati pemandu van tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan rescue tool .” 
    katanya

    Pemandu van telah berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Sri Aman untuk menerima rawatan lanjut. Bagaimanapun pemandu lori tangki tidak mengalami sebarang kecederaan. -Sarawakiana


  • No Comment to " Tersepit Selepas Van Dipandu Bertembung Lori Tangki Di Sri Aman "