• Terima Kasih 'Black Panther'! Kini Ramai Suka Bela Kucing Hitam

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Friday, 2 March 2018
    A- A+


    Selama ini ada sebilangan orang mempercayai bahawa kucing hitam adalah pembawa nasib malang (bad luck). Namun kini nampaknya nasib semua kucing yang berwarna mungkin berubah dan terima kasih kepada filem pecah panggung, Black Panther!

    Seorang pemilik akaun Tumblr dikenali sebagai gallusrostromegalus baru-baru ini mengatakan, impak kejayaan dan fenomena yang dicetus Black Panther mendorong kepada peningkatan orang yang mahu membela kucing hitam.

    Pengguna media sosial tersebut memberitahu, menurut seorang pekerja perlindungan, orang tidak mencari kucing hitam tetapi sekarang ramai yang mahukan kucing itu filem tersebut.

    "Menurut Mary yang menjalankan perkhidmatan 'cattery', kebanyakan orang yang datang untuk mengambil kucing ini dan dijadikan binatang peliharaan mereka ialah kalangan penggemar kucing kelas A (secara umum).

    Namun apabila mereka ternampak anak kucing hitam, mereka mahukannya seperti Black Panther dan memabawa kucing itu puang ke rumah. Dan untuk pertama kalinya, kucing hitam menjadi pilihan pertama untuk dijadikan bintang peliharaan mereka.

    Pun begitu tidak dapat dipastikan sama ada trend ini menular di seluruh dunia, tetapi ia mungkin menunjukkan satu langkah ke arah yang betul untuk mengubah persepsi negatif ddan stigma selama berabad-abad terhadap kucing hitam.

    Dari segi sejarah, bagaimana seseorang melihat kucing hitam sering bergantung kepada bahagian dunia yang mereka tinggal.

    Berbagai kebudayaan di barat, terutamanya Amerika Syarikat, melihat kucing hitam sebagai nasib buruk kerana mereka dipercayai menjadi pembantu sihir, walaupun beberapa negara di Britain dan Scotland melihat mereka sebagai nasib baik.

    Sebelum ini, pekerja pelindungan sering melaporkan bilangan pengambilan kucing hitam yang lebih rendah, terutamanya di Amerika Syarikat, disebabkan oleh kepercayaan takhayul yang melekat dalam pemikiran mereka. - Malaysian Digest

    Subjects:

  • No Comment to " Terima Kasih 'Black Panther'! Kini Ramai Suka Bela Kucing Hitam "