• Temberang Suami Curang Terbongkar

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Sunday, 4 March 2018
    A- A+


    BEIJING - CHINA . Aksi seperti ini biasanya hanya dapat dilihat dalam filem.

    Tetapi, ia sebenarnya berlaku secara realiti dan dirakamkan di tepi jalan di wilayah Shaanxi, China pada awal minggu lalu.

    Rakaman tersebut menunjukkan bagaimana lelaki itu ditampar oleh perempuan simpanannya selepas kekasihnya kantoi menipu kononnya dia masih bujang.

    "Kenapa kamu tipu saya selama ini?" katanya.

    Isteri lelaki terbabit bagaimanapun bertindak menarik rambut wanita tersebut sambil meminta dia menghubungi polis.

    Lelaki terbabit berang selepas melihat kekasihnya dikasari seperti itu.

    Isterinya tidak mempedulikan jeritan suaminya yang meminta dia melepaskan teman wanitanya.

    Ketika pergelutan itu berlaku, wanita terbabit akhirnya menyedari 'perosak rumah tangganya' itu juga tertipu.

    Insiden itu menjadi semakin dramatik selepas wanita terbabit cuba sekali lagi untuk menyerang kekasih suaminya.

    "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun! Saya tidak akan pergi ke mana-mana!" jeritnya.

    Lelaki terbabit bagaimanapun bertindak menumbuk muka isterinya di hadapan orang ramai selepas dia enggan melepaskan suaminya selain turut menggelar pasangannya yang curang sebagai 'kejam'.

    "Dia mahu anak lelaki. Kami sudah ada anak kembar perempuan. Tetapi, dia masih mahu anak lelaki," kata wanita dipercayai berusia lingkungan 40-an itu kepada orang ramai yang melihat kejadian tersebut.

    Trio itu kemudiannya melintas jalan sambil wanita terbabit memegang belakang kolar baju suaminya dan drama terbabit pun berakhir. - The Mirro

    Subjects:

  • No Comment to " Temberang Suami Curang Terbongkar "