• Telefon Bimbit Disangka Pistol, Bapa Dua Anak Mati Ditembak Polis

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 23 March 2018
    A- A+

    SACRAMENTO: Seorang lelaki di Sacramento, Amerika Syarikat, menemui ajal selepas ditembak dua anggota polis di kawasan rumahnya apabila dia disangka seorang penceroboh di situ.

    Portal Buzzfeed melaporkan, Stephon Clarke, 22 tahu8n maut selepas terkena beberapa das tembakan dalam kejadian yang berlaku Ahad lepas.

    Dua anggota polis itu dikatakan ke rumah berkenaan selepas mendapat panggilan kecemasan dari seorang penduduk, yang mendakwa seorang lelaki telah memecahkan cermin sebuah kereta di kawasan itu dan bersembunyi di salah sebuah rumah.

    Dalam beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dapat didengari anggota polis meminta Clarke mengangkat tangan namun bapa kepada dua anak itu memilih untuk melarikan diri, sebelum beberapa das tembakan dilepaskan polis.

    Belum dapat dipastikan berapa das tembakan yang dilepaskan kerana laporan bedah siasat belum dikeluarkan.

    Jabatan Polis Sacramento, dalam kenyataan mereka memaklumkan, tembakan dilepaskan kerana Clarke didakwa memegang sesuatu yang dipercayai sepucuk pistol.

    "Polis mengekori Clarke yang berlari masuk ke kawasan rumah. Apabila diminta berhenti, dia berpaling dan polis nampak ada sesuatu di tangannya, yang kelihatan seperti sepucuk pistol," kenyataan itu menyebut.

    Namun siasatan pada mayat mangsa dan kawasan itu tidak menemui pistol, sebaliknya hanya sebuah telefon bimbit berjenama iPhone.

    Ketua Polis Sacramento memberitahu media, siasatan lanjut tentang insiden itu masih berjalan.

    Subjects:

  • No Comment to " Telefon Bimbit Disangka Pistol, Bapa Dua Anak Mati Ditembak Polis "