• Tayangan Lucah Di Persimpangan

    Published: Thursday, 22 March 2018
    A- A+

    MANILA: Pihak berkuasa tempatan Makati, hab kewangan utama Filipina, menjalankan siasatan penuh berikutan kejadian adegan lucah ditayangkan pada papan iklan elektronik, semalam.

    Menurut Reuters, Datuk Bandar Makati, Abigail Binay, berkata, beliau sudah mengarahkan papan iklan itu ditutup serta-merta, sebaik klip memaparkan pasangan melakukan hubungan seks muncul di skrin.

    Video berkenaan ditayangkan pada papan iklan elektronik di satu persimpangan sibuk di bandar Makati, tengah hari semalam.

    Menurut CNN Filipina, pengguna jalan raya, Mulong Sermonia, melihat adegan lelaki bogel di atas wanita dimainkan pada papan iklan itu ketika keretanya berhenti di persimpangan lampu isyarat.

    Dia memuat naik di media sosial rakaman sepanjang 34 saat adegan itu yang sempat dirakamnya, namun tidak dipastikan berapa lama video terbabit sudah dimainkan sebelum dihentikan.

    “Operasi papan iklan elektronik itu akan dihentikan seketika sepanjang tempoh siasatan.

    “Kita akan melihat jika pemilik papan iklan itu, Globaltronics, atau pekerjanya bertanggungjawab terhadap kejadian berkenaan,” kata Binay.

    Menurut Reuters, pornografi adalah salah mengikut undang-undang Filipina, termasuk kandungan televisyen dan filem.

    Namun, laman web dewasa, Pornhub menyatakan Filipina berada di tangga ke-13 jumlah pengunjung harian.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Tayangan Lucah Di Persimpangan "