• Tanpa GST, Malaysia Dapat Jadi Harimau Asia - Mahathir

    Published: Thursday, 22 March 2018
    A- A+

    Tulisan asal oleh:
    Eric See-To, Facebook Eric See-To, 21 Mac 2018

    Tun Mahathir mengatakan bahawa tanpa GST, Malaysia juga dapat menjadi Harimau Asia.

    Untuk membetulkan Tun Mahathir, kita tidak pernah menjadi salah satu dari 4 harimau Asia - yang mana adalah Hong Kong, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan.

    Walau bagaimanapun, Malaysia dikenali sebagai salah satu daripada Ekonomi Anak Harimau yang mana adalah termasuk Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam.

    Sebahagian besar pertumbuhan pesat Malaysia pada 1990-an disebabkan perjanjian Plaza Accord di mana negara-negara barat telah menandatangani perjanjian dengan Jepun pada 22 September 1985 di Plaza Hotel di New York City di mana Jepun pada dasarnya dipaksa menaikkan nilai mata wang mereka memandangkan eksport Jepun berasaskan pada mata wang yang murah telah memberi impak negatif buat negara-negara barat ini.

    Dalam masa beberapa tahun, yen naik dengan mendadak dan lebih daripada dua kali ganda berbanding Dolar AS dan mata wang lain.

    Peningkatan mendadak nilai yen itu, diikuti dolar Taiwan dan won Korea Selatan menggalakkan penempatan semula industri Jepun, Taiwan dan Korea Selatan ke China dan Asia Tenggara, termasuk Malaysia. Gelombang pelaburan langsung asing yang baru ini telah membantu menyebabkan pertumbuhan pesat selama satu dekad yang hanya berakhir ketika krisis kewangan Asia Timur meletus pada bulan Julai 1997.

    Tanpa Plaza Accord, Mahathir tidak akan mempunyai pertumbuhan yang kukuh selama bertahun-tahun pada awal 1990-an.

    Inilah sebabnya mengapa negara-negara di sekeliling kita mempunyai corak pertumbuhan dan kadar pertumbuhan yang sama (lihat gambar) semasa tempoh di mana Mahathir memanggil "zaman kegemilangannya". Ia bukan unik hanya kepada beliau mahupun kepada Malaysia tetapi kerana Jepun dipaksa oleh mata wang mereka yang kini adalah mahal untuk segera memindahkan kilang-kilang mereka ke tempat lain kerana mereka memerlukan pangkalan pengeluaran yang lebih murah.

    Tanpa kedengaran seperti tidak bersyukur kerana Mahathir masih memainkan peranan beliau, Mahathir dan Malaysia pada tahun 1990-an juga bernasib baik dari segi keadaan ketika itu dan tidak sepatutnya mengambil 100% kredit.

    Walau bagaimanapun, Malaysia Mahathir tidak memerlukan GST ketika itu kerana mereka mempunyai sumber dana yang lain - kebanyakannya tidak tersedia untuk kita sekarang.

    Salah satu daripadanya adalah Mahathir meminjam dengan banyak dan cepat sehingga kita mencapai nisbah hutang kepada KDNK sebanyak 103.4% pada tahun 1986. Nisbah ini kekal di atas 60% selama sepuluh tahun. Bandingkan ini dengan nisbah 50.7% sekarang.

    Tidak seperti sekarang, Malaysia juga mempunyai cukai korporat yang tinggi dan cukai pendapatan peribadi lebih daripada 30%. Sebaliknya, PM Najib Razak mengurangkan cukai ini dari 28% hingga 24% sekarang sementara juga mengubah sistem cukai peribadi di mana ramai individu dengan pendapatan bulanan di bawah RM4,000 tidak perlu membayar sebarang cukai pendapatan lagi.

    Di samping 10% hingga 20% cukai jualan dan 6% cukai perkhidmatan, Mahathir juga mengenakan cukai jualan sebanyak 19.64 sen seliter untuk diesel dan 58.62 sen seliter untuk petrol selama 22 tahun beliau memerintah.

    Betul itu, Mahathir tidak pernah memberi subsidi petrol tetapi mengenakan cukai petrol sebaliknya kerana harga minyak dunia adalah jauh lebih rendah ketika itu pada AS$10 hingga AS$20 setong untuk kebanyakkan masa semasa beliau memerintah berbanding AS$60 setong sekarang.

    Cukai petrol 58.62 sen ini hanya dimansuhkan pada bulan Jun 2004.

    Tun Mahathir juga tidak mensubsidi beras, minyak kelapa sawit atau gula sepanjang pemerintahannya kerana ianya tidak diperlukan memandangkan harga komoditi semua itu rendah.

    Saya menjemput anda untuk menyemak sejarah harga global untuk komoditi ini pada masa pemerintahan beliau.

    Penswastaan adalah satu lagi nama menjual saham dalam aset Kerajaan sebagai pertukaran untuk wang untuk kerajaan.

    Mahathir melakukan banyak perkara ini. Antara lain, beliau menjual sebahagian besar Telekom Malaysia kita, Tenaga kita, bursa saham kita, banyak pelabuhan kita seperti Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuantan, beberapa bank kita, semua lapangan terbang kita, syarikat penerbangan negara kita, Jambatan Pulau Pinang kita, perkhidmatan pos kita dan lembaga padi beras kita juga.

    Anda namakannya sahaja, kemungkinan beliau telah menjualnya.

    Mahathir juga mengambil dana Petronas dengan kerap untuk membina projeknya seperti KLCC untuk menyelamatkan ahli keluarganya seperti yang dikatakan oleh pembangkang termasuk Anwar Ibrahim.

    Inilah sebabnya mengapa baki tunai Petronas biasanya dalam anggaran RM20 bilion hingga RM30 bilion pada masa itu manakala kini sebanyak RM128.2 bilion pada akhir tahun 2017. Sebagai perbandingan, PM Najib menunjukkan lebih banyak hormat kepada Petronas dan lebih suka membiarkan Petronas mempunyai dana yang cukup untuk mengembangkan perniagaan mereka.

    Selain itu, Mahathir juga tidak melaksanakan sistem pemindahan tunai seperti BR1M.

    Kroni mendapat bahagian besar dari ekonomi kita dan aset kerajaan kita tetapi rakyat tidak dibayar apa-apa secara langsung setiap tahun dengan cara yang sama seperti BR1M.

    Bagi kepercayaan bahawa Tun Dr Mahathir menyelamatkan Malaysia pada tahun 1998, saya ingin bertanya siapakah Perdana Menteri ketika itu yang telah menyebabkan Malaysia berada dalam kedudukan di mana Malaysia perlu diselamatkan oleh Mahathir?

    https://www.facebook.com/EricSeeTo/photos/a.1616864194992633.1073741828.1613712091974510/1912164772129239/?type=3

    Link asal artikel:
    https://www.facebook.com/EricSeeTo/posts/1912176538794729

    Subjects:

  • No Comment to " Tanpa GST, Malaysia Dapat Jadi Harimau Asia - Mahathir "