• Tangki Simpanan Minyak Pulau Busing Terbakar

    Published: Wednesday, 21 March 2018
    A- A+


    SINGAPURA – Satu kebakaran berlaku melibatkan sebuah tangki simpanan minyak di Pulau Busing, sebuah daripada pulau yang terletak di luar pantai barat daya Singapura lewat petang hari ini.

    Dalam maklumat terbaharu di Facebook, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata sumber bekalan telah dialihkan ke Terminal Feri Pasir Panjang, sebelum dimuatkan ke sebuah kapal ke Pulau Busing.

    “Anggota Pasukan Respons Kecemasan syarikat itu (CERT) kini mengendalikan operasi memadam kebakaran,” katanya.

    Pihak SCDF segera diberitahu tentang kebakaran itu pada sekitar 6.30 petang.

    Bernama mendapat tahu Pulau Busing dimiliki oleh JTC Corporation dan disewakan kepada Tankstore Ltd, sebuah syarikat simpanan petroleum.
    Foto dan video yang dipos ke Facebook menunjukkan asap tebal masih muncul dari tangki simpanan itu. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Tangki Simpanan Minyak Pulau Busing Terbakar "