• Tali Kasut Punca Gaduh

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 1 March 2018
    A- A+

    Mats Hummels menuduh rakan sepasukannya di Bayern Munich Robert Lewandowski mempunyai masalah ‘sikap’ sewaktu bertelagah ketika sesi latihan hari ini, menurut laporan media.

    Bayern kini 19 mata di puncak Bundesliga tetapi tekanan semakin memuncak dalam kalangan pemain berstatus bintang itu untuk merebut kesebelasan utama.

    Cuaca di Munich berada di bawah paras beku di pusat latihan Bayern, Saebener Strasse ketika pertengkaran itu berlaku.

    Menurut akhbar harian German Bild, yang menghantar wartawannya ke sesi latihan Bayern, Hummels dan Lewandowski berperang mulut ketika perlawanan latihan.

    Apabila Lewandowski berhenti seketika untuk mengikat tali kasutnya dan membolehkan pasukan lawan menjaringkan gol, Hummels meluru ke arah bintang Poland yang juga rakan sepasukannya ketika latihan itu.

    “Lewy, kamu seriuskah? Kamu mengikat tali kasut? Tak guna!” jerit Hummels, yang pernah menjulang Piala Dunia 2014 bersama Jerman.

    Lewandowski membalas "Kamu yang kehilangan bola,” yang kemudiannya dibalas Hummels: “Ia satu kesilapan tetapi kamu ada masalah sikap.”

    Kedua-duanya terus berbalah dengan Lewandowski berkata: “Kamu selalu kehilangan bola dan banyak bercakap” dan Hummels menjawab: “Oh diamlah, pergi berambus.”

    Kedua-duanya enggan meminta maaf dan sebaik perlawanan latihan itu selesai mereka tidak mengendahkan satu sama lain.

    Bayern berdepan perlawanan liga mencabar di Freiburg Ahad ini. Mereka tidak mencatat sebarang kekalahan dalam enam perlawanan terakhir mereka di Schwarzwald Stadion.-AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Tali Kasut Punca Gaduh "