• Tak Boleh Pasal Ada Rumah Messi...

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Friday, 2 March 2018
    A- A+

    Presiden syarikat penerbangan tambang murah Sepanyol, Vueling, Javier Sanchez-Prieto mendakwa pembinaan terminal tidak mungkin berlaku di lapangan terbang Barcelona kerana pesawat tidak dibenar terbang melepasi bumbung rumah Lionel Messi.

    Terdapat penguatkuasaan alam sekitar di bandar Gava, terletak berhampiran bandar Barcelona yang menjadi tempat tinggal superstar bolasepak Barca itu.

    Sanchez-Prieto berkata laluan berlepas dan mendarat lapangan terbang itu terhad kerana kapal terbang tidak boleh terbang di atas rumah Messi dan mengatakan perkara itu “tidak berlaku di mana mana di dunia."-Marca Spain

    Subjects:

  • No Comment to " Tak Boleh Pasal Ada Rumah Messi... "