• Tag VEP Kenderaan Dari Singapura Dikeluarkan Tidak Lama Lagi - Liow

    Reporter: Anyin Ayeng
    Published: Friday, 16 March 2018
    A- A+


    PUTRAJAYA, 16 Mac (Bernama) -- Tag Permit Kemasukan Kenderaan (VEP), yang akan dipasang pada semua kenderaan berdaftar di negara asing yang memasuki Malaysia melalui Tambak Johor dan Lebuhraya Linkedua, akan dikeluarkan secara berperingkat setelah ujian aplikasi yang sedang dijalankan, selesai.

     Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata ujian itu dijangka selesai pertengahan April ini. Katanya, tag berkenaan menggunakan teknologi pengecaman frekuensi radio (RFID) dan akan diintegrasikan dengan sistem pembayaran tanpa menggunakan wang tunai yang dibangunkan Touch n Go, pengendali kutipan caj jalan raya itu.

     "Sistem Permit Kemasukan Kenderaan ini akan menghalang kenderaan asing daripada diklon dan dijual di negara ini.

     "Ia juga akan membolehkan kami menghalang kenderaan yang mempunyai saman tertunggak daripada meninggalkan negara ini," kata beliau dalam kenyataan hari ini.

    Subjects:

  • No Comment to " Tag VEP Kenderaan Dari Singapura Dikeluarkan Tidak Lama Lagi - Liow "