• Syarat Beli Rumah Masyarakat Siam Dilonggarkan

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 27 March 2018
    A- A+

    PADANG TERAP: Kerajaan negeri Kedah pada Isnin bersetuju memenuhi permintaan masyarakat keturunan Siam di negeri ini termasuk pembelian rumah di atas Tanah Rizab Melayu di Taman Sejahtera di Sik.

    Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata walaupun taman perumahan tersebut berstatus Tanah Rizab Melayu tetapi dengan kuasa yang ada kerajaan memberi kelonggaran syarat bagi membolehkan lebih ramai masyarakat Siam memiliki rumah.

    Beliau membuat pengumuman tersebut ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Masyarakat Siam di Perkampunang Chanding di sini, Isnin.

    Majlis yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dihadiri kira- kira 5,000 masyarakat Malaysia keturunan Siam dari beberapa daerah di negeri ini.

    Dalam pada itu, kerajaan negeri juga bersetuju supaya bagi setiap permohonan oleh masyarakat Siam untuk mendapatkan tanah pertanian hanya perlu mengemukakan satu sijil pertanian sahaja.

    Ini bermakna satu sijil permohonan saja akan dikemukakan selepas ini selain kerajaan bersetuju supaya tarikh luput bagi Sijil Pertanian Siam dihapuskan, kata Ahmad Bashah.

    Selain itu, katanya, Pesta Songkran yang disambut pada bulan April setiap tahun akan dimasukkan ke dalam kalendar tahunan pelancongan negeri Kedah dan akan memberi bantuan khas untuk sambutan itu itu. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Syarat Beli Rumah Masyarakat Siam Dilonggarkan "