• SUPP Bertanding 7 Kerusi Selepas Abang Johari Umum Tiada Calon Langsung

    Published: Friday, 23 March 2018
    A- A+

    Dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg baru-baru ini mengumumkan tiada calon langsung bakal ditampilkan Barisan Nasional (BN) di Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sudah pasti melegakan kepimpinan parti komponen parti pemerintah negeri ini.

    Berdasarkan kenyataan Abang Johari yang juga Pengerusi BN Sarawak itu, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mendapat kelebihan kerana calon parti itu akan bertanding di tujuh kerusi yang diperuntukkan membabitkan Bandar Kuching, Stampin, Serian, Sarikei, Sibu, Lanang dan Miri.

    "Ini yang KM (Ketua Menteri) kata, tiada calon langsung BN. Ini bermakna tujuh kerusi adalah milik SUPP.

    "Jika tidak kepada SUPP, kerusi itu diberikan kepada siapa?

    "Saya sangat risau. Saya tidak mahu menjadi seperti Tan Sri William Mawan yang tiba-tiba menjadi ahli PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu)," katanya.

    Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (SUPP) hanya menang di Parlimen Serian menerusi timbalan presidennya, Datuk Seri Richard Riot.-Sarawakiana


    Subjects:

  • No Comment to " SUPP Bertanding 7 Kerusi Selepas Abang Johari Umum Tiada Calon Langsung "