• Subeng Mula Calon BN Di Saratok, Kemana Hala Tuju William Mawan?

    Published: Friday, 16 March 2018
    A- A+

    Karier politik Tan Sri William Mawan Ikom boleh digambarkan sebagi berakhir selepas nama Subeng Mula diumumkan sebagai calon PDP bagi mewakili Barisan Nasional (BN) di Parlimen Saratok pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Rolland Duat yang juga ketua operasi pilihan raya PDP Saratok mengumumkan nama Subeng selepas beberapa nama turut dikaitkan dengan kerusi tersebut.

    Memetik laporan Sarawakvoice.com, Subeng yang berusia 54 tahun berasal dari Kaki Wong di Saratok merupakan ahli perniagaan dalam bidang minyak dan gas.

    Subeng bukan baru sekarang bergerak dan turun padang namun usaha beliau hendak menabur bakti kepada penduduk Saratok sudah bermula sejak tahun lepas.

    Dengan nama Subeng disebut sebagai calon, usaha keras beliau selama ini berbaloi selepas kepimpinan PDP sebulat suara mahukan ahli perniagaan tersebut sebagai calon.

    Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kerusi parlimen Saratok dimenangi BN menerusi Mawan dengan majoriti 2,081 undi dalam pertembungan tiga penjuru.

    Mawan sebelum ini menyatakan beliau masih mampu mempertahankan kerusi parlimen tersebut disebabkan sokongan padu penduduk kepadanya.

    Walaupun nama Subeng diumumkan sebagai calon, persoalan sekarang sudah pasti berkisar kepada perjalanan politik Mawan di Saratok.

    Sekarang bergantung kepada Pengerusi BN Pusat dan Negeri untuk menentukan nasib Mawan.

    Keadaan ini membuatkan kerusi parlimen Saratok menjadi panas menjelang PRU14, lebih-lebih lagi PKR sudah pasti akan menurunkan Ali Biju.-Sarawakiana





    Subjects:

  • No Comment to " Subeng Mula Calon BN Di Saratok, Kemana Hala Tuju William Mawan? "