• Suami Ziana Zain Didakwa Cederakan Anak

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 6 March 2018
    A- A+

    SHAH ALAM - Suami penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, didakwa di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas tuduhan mencederakan anak lelakinya sehingga luka dengan menggunakan sebatan rotan pada 25 Februari lalu.

    Tertuduh yang memakai baju-T berwarna kelabu bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

    Sebaik pertuduhan dibacakan juga, Armin Zaharin yang tidak diwakili peguam mendakwa melakukan perbuatan atas tujuan mengajar anak.

    "Saya ajar dia (anak) mengaji dan solat tetapi dia tidak faham dan bebal," katanya.

    Bagaimanapun, pengakuan tersebut tidak diterima oleh Raja Noor Adilla.

    Mengikut pertuduhan, Armin Zaharin yang merupakan penganggur itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam ke atas anaknya dengan menggunakan sebatan rotan. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Suami Ziana Zain Didakwa Cederakan Anak "