• Stephen Hawking Meninggal Dunia

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 14 March 2018
    A- A+


    LONDON: Pakar fizik terkenal Britain, Profesor Stephen Hawking, meninggal dunia pada usia 75 tahun, kata jurucakap keluarganya hari ini.

    "Kami amat sedih kerana bapa tersayang meninggal dunia hari ini.

    "Beliau adalah saintis hebat dan lelaki luar biasa yang usaha dan legasinya akan terus hidup," kata anak Hawking, Lucy, Robert dan Tim dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita Press Association Britain. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Stephen Hawking Meninggal Dunia "