• SPRM Tubuh Pasukan Khas Pantau Kempen PRU14

    Published: Thursday, 15 March 2018
    A- A+

    Satu pasukan petugas khas akan ditubuhkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memantau perjalanan kempen sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan datang.

    Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki berkata, pasukan berkenaan ditubuhkan sebaik sahaja pilihan raya diumum atau parlimen dibubar oleh kerajaan.

    Ia akan disertai tiga agensi iaitu SPRM, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan bergabung membentuk pasukan petugas khas.

    Memetik laporan akhbar Utusan Borneo, pemantauan tersebut akan dibuat semasa kempen dijalankan dan pasukan tersebut akan memantau isu yang ditimbulkan mana-mana pihak.

    Menurutnya, ia adalah berkaitan dengan isu rasuah dan salah guna kuasa di mana boleh dikuatkuasakan di bawah Akta SPR 1954.

    Menjelas lanjut, Akta SPR 1954 adalah akta bagi mencegah kesalahan pilihan raya dan perbuatan rasuah dan perbuatan yang menyalahi undang-undang dalam pilihan raya.-Sarawakiana
  • No Comment to " SPRM Tubuh Pasukan Khas Pantau Kempen PRU14 "