• SKMM lancar aplikasi mudah alih Sebenarnya.my

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 20 March 2018
    A- A+


    CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melancarkan aplikasi mudah alih portal Sebenarnya.my untuk memudahkan orang awam memeriksa kesahihan sesuatu maklumat sebelum berkongsi menerusi laman sosial masing-masing.

    Menterinya, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma oleh pengguna Android melalui Google Play Store yang terdapat dalam telefon pintar.

    "Ingin saya tekankan bahawa berita palsu adalah musuh negara. Ia boleh dilihat sebagai satu perang psikologi yang bertujuan untuk memperdaya masyarakat agar mempercayai berita tular yang palsu tersebut sebagai sahih.

    “Justeru, diharap dengan adanya kemudahan ini di telefon pintar, masyarakat lebih mudah mendapat kesahihan sesuatu berita,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran aplikasi mudah alih Sebenarnya.my di Ibu Pejabat SKMM di sini hari ini.

    Salleh berkata, portal Sebenarnya.my telah merekodkan lebih 25 juta layaran (hits) dengan purata dua juta layaran setiap bulan sejak dilancarkan pada Mac tahun lepas. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " SKMM lancar aplikasi mudah alih Sebenarnya.my "