• Sidang Dewan Negara Diawal, Mungkin Bubar 6 April?

    Published: Tuesday, 20 March 2018
    A- A+

    Panas… Persidangan Dewan Negara yang dijadualkan bermula 16 April dan berakhir 30 April telah pun diawalkan mulai 26 Mac dan tamat 5 April serentak dengan persidangan Dewan Rakyat.

    Perubahan ini sekali gus menimbulkan teka teki bahawa Parlimen hanya akan dibubarkan paling awal pada 6 April, iaitu sehari selepas kedua-dua dewan berjaya menamatkan persidangan penggal ke enam Parlimen ke 13.

    Ini juga menolak jangkaan sesetengah pihak Parlimen akan bubar sebaik sahaja selesai membahas dan meluluskan usul persempadanan semula yang dikatakan akan dibentang Isnin depan.

    Bukan sesuatu pelik kedua-dua Dewan bersidang serentak kerana ia berlaku berlaku sebelum ini.

    Difahamkan, Dewan Rakyat akan terus bersidang mengikut jadual dengan membentangkan beberapa rang undang-undang termasuk Perbekalan Tambahan dan akta baru menangani berita palsu.

    Senator Datuk Megat Zulkarnain Omar Din ketika dihubungi BNBBC.my portal mengesahkan menerima pemberitahuan atau notis mesyuarat Dewan Negara akan bermula Isnin depan.-mynewshub

    Subjects:

  • No Comment to " Sidang Dewan Negara Diawal, Mungkin Bubar 6 April? "