• Sibuk Bukan Alasan Tidak Beri Pendidikan Kepada Anak

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Wednesday, 28 March 2018
    A- A+

    KUCHING: Kecemerlangan seseorang pelajar dalam pelajaran bukan hanya terletak pada bahu pihak sekolah sebaliknya ibu bapa juga perlu memainkan peranan sebagi pendorong kepada anak masing-masing.

    Menteri Muda Utiliti, Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ibu bapa perlu memastikan anak mereka mendapat keperluan pembelajaran yang mencukupi dari semasa ke semasa.

    "Anak-anak diajar di sekolah oleh guru mereka, tugas ibu bapa adalah memberi sokongan dan dorongan dalam pelbagai bentuk ketika anak berada di rumah," katanya merasmikan Perkhemahan Perdana 'Program Motivasi dan Klinik UPSR' Tahun 6 SK Pulo di Masjid Darul Hana semalam.

    Perkhemahan tersebut disertai 111 pelajar dan mereka berkampung di Yayasan Sarawak selama tiga hari.


    Walaupun sibuk dengan urusan seharian, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menasihati ibu bapa supaya memberi perhatian khusus terhadap pelajaran anak-anak.

    "Inilah pengorbanan ibu bapa kepada anak-anak dalam pelajaran bagi memastikan kejayaan pada masa akan datang," ujarnya.

    Malah menurutnya, kehidupan pada masa akan datang sudah pasti lebih mencabar dan ia memerlukan kejayaan dalam bidang pendidikan serta kemahiran bagi merebut peluang pekerjaan yang disediakan.-Sarawakiana



  • No Comment to " Sibuk Bukan Alasan Tidak Beri Pendidikan Kepada Anak "