• Sibu, Lanang & Sarikei Lebih Maju Jika Diwakili Ahli Parlimen BN

    Published: Friday, 16 March 2018
    A- A+

    Sebut sahaja Sibu, Lanang dan Sarikei. Sudah pasti rakyat Sarawak mengetahui dan menyedari tentang tiga kawasan parlimen berjiran itu.

    Cakap-cakap kedai kopi di ketiga-tiga kawasan itu berkisar tentang topik kemajuan. Penduduk kawasan itu sebenarnya mahukan lebih kemajuan seperti kawasan lain di Sarawak.

    Bandar Sibu sebagai contoh sepatutnya sudah lebih membangun namun disebabkan wakil rakyat dari pembangkang yang tidak bersuara di parlimen maka Sibu tidak mengecapi nikmat pembangunan sepatutnya.

    Sebenarnya ketiga-tiga kawasan parlimen tersebut mempunyai potensi cerah dalam bidang ekonomi.

    Bukan itu sahaja, parlimen Sibu juga berpotensi dijadikan pusat pentadbiran yang mengawal selia aktiviti ekonomi kawasan berhampiran seperti Lanang dan Sarikei.

    Lanang pula boleh dijadikan sebagai hab pelaburan asing terutama untuk industri berat dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

    Kerajaan negeri sebelum ini mengumumkan Sarikei sebagai lokasi menempatkan Taman Pertanian Digital sekaligus berpotensi menjadi bandar yang popular dengan nanas tersebut sebagai pengeluar sumber makanan.

    Sarikei pula boleh dijadikan sebagai pusat pengeluaran bahan mentah terutama untuk pembangunan industri pemprosesan makanan di Lanang.

    Sebaliknya ahli parlimen DAP yang menjaga ketiga-tiga kawasan tersebut pula tidak melihat potensi yang perlu diketengahkan untuk memajukan ketiga-tiga kawasan terbabit.

    Adalah lebih baik jika ketiga-tiga kawasan tersebut mempunyai ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang sudah pasti mempunyai pelbagai perancangan terutama melibatkan pembangunan.

    Sehubungan itu, pengundi di ketiga-tiga kawasan terbabit perlu bijak ketika memilih pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.-Sarawakiana




    Subjects:

  • No Comment to " Sibu, Lanang & Sarikei Lebih Maju Jika Diwakili Ahli Parlimen BN "