• Sherry Susut Tujuh Kilogram

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 7 March 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Bertekad mengamalkan gaya hidup sihat dan mengawal berat badan menjelang usia 34 tahun, November depan, Sherry Alhadad dalam diam-diam sudah 'hilang' tujuh kilogram (kg).

    Tidak hairanlah, ketika mengacarakan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-32, Januari lalu, ramai memuji penampilan Sherry yang bukan saja lebih bergaya, malah bentuk tubuhnya tampak menyusut.

    Aktif bersenam sejak sebulan lalu, pelakon dan pelawak itu menjelaskan, dia bukan mahu kurus sebaliknya mengekalkan stamina dan hidup sihat.

    "Suatu hari, saya terjaga daripada tidur dan terus membuat keputusan mengamalkan gaya hidup sihat kerana usia bakal menginjak 34 tahun.

    "Saya sedar stamina tidak lagi seperti dulu kerana cepat penat. Malah, lutut juga berbunyi ketika naik tangga," katanya kepada BH Online.

    Sherry berkata, biarpun dirinya berbadan besar, namun dia cukup aktif dan suka melakukan perkara baharu.

    "Ada pandangan kononnya orang berbadan besar itu tidak sihat, yang kurus pula sebaliknya... Itu semua tidak benar.

    "Selain itu, ada juga peminat yang menghantar mesej secara peribadi. Mereka suka dengan bentuk tubuh saya sekarang.

    "Sebenarnya, apa yang saya buat bukanlah hendak kurus, sebaliknya mahu sihat dan bertenaga," katanya yang teruja program bual bicara, The Sherry Show & Friends akan disiarkan TV3, mulai 18 Mac depan.

    Sherry yang juga mengemudi program carta lagu, Muzik Muzik memberitahu, dia bersenam tiga kali seminggu selama sejam dan berjaya mengurangkan tujuh kg dalam tempoh sebulan.

    Tambah Sherry, dia teruja mengamalkan hidup sihat kerana didorong pembantu peribadinya, Aqella yang cukup bersemangat dan aktif.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Sherry Susut Tujuh Kilogram "