• Serangan Houti Cabul Kedaulatan Arab Saudi

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 28 March 2018
    A- A+

    PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk serangan peluru berpandu balistik puak pelampau Houti di Yaman terhadap Arab Saudi pada 25 Mac lalu.

    Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata, serangan berkenaan mengorbankan satu nyawa dan mencederakan dua yang lain.

    Menurutnya, semua peluru berpandu dapat dipintas dan dimusnahkan oleh Angkatan Tentera Udara Arab Saudi, namun seorang individu dilaporkan meninggal dunia manakala dua cedera akibat terkena serpihan peluru berpandu terbabit.

    "Malaysia mengutuk serangan itu dan menyifatkannya sebagai pencabulan terhadap kedaulatan Arab Saudi, selain memberi ancaman besar kepada keamanan dan keselamatan serantau dan global.

    "Malaysia menyokong teguh tindakan diambil Arab Saudi dalam memelihara keselamatan dan kestabilan negara itu serta berharap konflik yang berlarutan di rantau itu dapat diselesaikan menerusi saluran politik dan diplomatik," katanya.

    Kementerian Luar turut mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam kejadian itu.

    Katanya, warganegara Malaysia dinasihatkan bertenang dan menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan Konsulat Jeneral di Jeddah bagi mendapatkan bantuan.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Serangan Houti Cabul Kedaulatan Arab Saudi "