• Seorang Wanita Cedera Kemalangan Kendiri Di Samajaya

    Published: Thursday, 22 March 2018
    A- A+
    KUCHING: Seorang wanita mengalami kecederaan setelah terlibat dalam kemalangan kendiri di Samajaya Free Industrial Park di sini awal pagi tadi.

    Difahamkan mangsa yang memandu Produa Viva tiba-tiba hilang kawalan sebelum kenderaannya terbalik di sebuah selekoh tajam dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi tadi.

    Impak kemalangan tersebut menyebabkan mangsa yang berusia 42 tahun mengalami kecederaan dibahagian tangan dan tidak mampu untuk keluar sendiri.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang cedera lalu menyerahkan kepada Pasukan EMRS Bomba untuk rawatan awal.

    “Mangsa dihantar ke hospital untuk tindakan seterusnya,” katanya.

    Punca kemalangan masih dalam siasatan. – Sarawakiana
  • No Comment to " Seorang Wanita Cedera Kemalangan Kendiri Di Samajaya "