• Sentuhan Emas Wan Junaidi Masih Diperlukan Di Parlimen Santubong

    Published: Saturday, 17 March 2018
    A- A+

    KUCHING: Sokongan terus diberikan kepada Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk kembali dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Terbaru, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Cina Bako Sungai Tapang Hilir Muara Tebas menyatakan sokongan tersebut pada Majlis Perayaan Tahun Baru Cina Kampung Bako dan Kampung Muara Tebas di sini, malam tadi.

    Malah Pengerusi JKKK Masyarakat Cina Muara Tebas dan Sungai Bako Bong Nam Kee berjanji untuk memberi sokongan tanpa berbelah bahagi kepada Wan Junaidi pada PRU14.

    Wan Junaidi yang berucap pada majlis tersebut berterima kasih kepada semua masyarakat Cina di Muara Tebas dan Bako yang banyak membantu selain bersatu padu mengekalkan kemakmuran antara kaum sepanjang 15 tahun beliau berada di Santubong.


    "Kerjasama ini wajar dikekalkan dan menjadi contoh kepada generasi baharu kita, kepada anak-anak kita supaya keharmonian menjadi teras kepada perpaduan negara," katanya.

    Pada majlis berkenaan, beliau menyampaikan sumbangan kepada tiga badan bukan kerajaan (NGO) merangkumi JKKK Cina Bako Sg. Tapanh Hilir Muara Tebas, Persatuan Tanah Perkuburan Orang Cina Bako dan Persatuan Tanah Perkuburan Orang Cina Muara Tebas.



    Selain itu, sumbangan kebajikan turut diberikan kepada warga emas dan golongan kurang bernasib baik yang hadir pada majlis tersebut.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Sentuhan Emas Wan Junaidi Masih Diperlukan Di Parlimen Santubong "