• Sebutan semula kes penemuan kepala wanita pada 23 April

    Published: Friday, 16 March 2018
    A- A+


    SRI AMAN: Kes seorang suami yang didakwa membunuh isterinya akan disebut semula pada 23 April ini.

    Tertuduh yang dikenali sebagai Wong Zing Haw seorang ahli farmasi berusia 41 tahun telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sri Aman pada jam 2.45 petang tadi.

    Pertuduhan tersebut dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Afif Ali di hadapan Majistret Ismawi Salleh.

    Sehingga tarikh tersebut, tertuduh akan ditahan di Penjara Pusat Sri Aman.

    Wong kini didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

    Kes tersebut terbongkar dengan penemuan kepala wanita pada 3 Mac lalu yang disahkan sebagai isteri Wong yang merupakan warganegara China di tebing sungai Batang Lupar di Skait dekat sini. - Sarawakiana
  • No Comment to " Sebutan semula kes penemuan kepala wanita pada 23 April "