• Sarikei Perlukan Ahli Parlimen Yang Bekerjasama Dengan ADUN

    Published: Tuesday, 20 March 2018
    A- A+


    Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak yang lalu meyaksikan dua Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Sarikei kembali dimenangi Barisan Nasional (BN).

    Rakyat DUN Repok dan DUN Maradong menolak calon DAP yang tidak menunjuk prestasi yang memuaskan antara sebab BN kembali menguasai dua DUN tersebut. 

    Sejak memenangi PRN lepas, ADUN Repok Dato Seri Huang Tiong Sii dan ADUN Maradong Datuk Ding Kuong Hiing, segala tugas untuk rakyat digiatkan yang sebelum ini tidak dilakukan oleh wakil rakyat DAP.

    Dahulu rakyat sukar menemui wakil rakyat memandangkan wakil rakyat DAP tidak pernah turun padang untuk mengetahui masalah ketika rakyat sudah memberi mandat selama sepenggal.

    Kini segalanya bukan masalah lagi bagi rakyat DUN Repok dan Maradong kerana wakil rakyat BN sentiasa turun padang membawa perubahan pembangunan yang diperlu oleh rakyat.

    Projek-projek kecil di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) giat dilaksanakan untuk rakyat. Kedua ADUN BN berkenaan sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk rakyat kawasan tetapi tidak mendapat kerjasama daripada Ahli Parlimen Sarikei daripada DAP dalam bentuk pembangunan yang memerlukan peruntukkan dari kerajaan pusat.

    Peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dari pusat tidak dilaksanakan di Parlimen Sarikei . Ini satu bentuk kerugian kepada penduduk Sarikei dan perlunya Ahli Parlimen BN menjadi wakil rakyat untuk bersuara di pusat.

    Jika ADUN Repok dan Maradong BN sudah bekerja keras untuk rakyat, maka Ahli Parlimen seharusnya bekerjasama dengan ADUN untuk melaksanakan pembangunan rakyat dengan lebih pantas lagi. 

    Sudah pasti Ahli Parlimen baru nanti merupakan satu pasukan dalam BN dan akan mengubah landskap pembangunan Parlimen Sarikei yang lebih maju kehadapan pada masa hadapan.

    Subjects:

  • No Comment to " Sarikei Perlukan Ahli Parlimen Yang Bekerjasama Dengan ADUN "