• Sarikei Berpotensi Jadi Bandar Tumpuan Jika Di Bawah BN

    Published: Thursday, 22 March 2018
    A- A+


    Sebagai bandar yang berjiran dengan pekan Bintangor, Sarikei mempunyai kelebihan kerana kaya dengan sumber pertanian selain memiliki pengeluar lada terbaik di dunia.

    Kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di bawah Parlimen Sarikei menyedari potensi tersebut dan melaksanakan pelbagai kegiatan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

    Dengan kedudukannya yang strategik dan berdekatan dengan Tanjung Manis, ADUN Repok Dato Sri Huang Tiong Sii dan ADUN Meradong Datuk Ding Kuong Hing sentiasa berusaha mengubah landskap pembangunan di Sarikei.

    Walapun Parlimen Sarikei diwakili ahli parlimen dari DAP, Andrew Wong, kedua-dua ADUN tersebut tetap bersemangat berkhidmat untuk rakyat kawasan masing-masing.

    Fokus utama kedua-dua mereka adalah memastikan pembangunan rakyat konsisten.

    Tugas kedua-dua mereka akan bertambah mudah terutama dalam aspek memohon peruntukan daripada kerajaan persekutuan jika Barisan Nasional (BN) berjaya merampas Parlimen Sarikei pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).-Sarawakiana



    Subjects:

  • No Comment to " Sarikei Berpotensi Jadi Bandar Tumpuan Jika Di Bawah BN "