• Sanusi Junid Meninggal Dunia

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Friday, 9 March 2018
    A- A+

    Bekas Menteri Pertanian, Tan Sri Sanusi Junid meninggal dunia, hari ini di kediamannya di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

    Perkara itu disahkan oleh bekas setiausaha akhbarnya Aziman Hasan ketika dihubungi, yang memaklumkan Sanusi, 75, meninggal sebelum subuh.

    Tanpa mendedahkan punca Sanusi meninggal dunia, Aziman berkata, jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

    Allahyarham pernah menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada 1981 dan Menteri Pertanian pada 1986 sebelum dilantik menjadi Menteri Besar Kedah pada 1996 hingga 1999.-Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Sanusi Junid Meninggal Dunia "