• Sanggup Tahan ‘Hajat’ Selama 37 Hari Sembunyikan Bahan Bukti

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 5 March 2018
    A- A+

    SEORANG pemuda berusia 24 tahun dari England mengalami 'mimpi ngeri' apabila dia tidak dapat membuang air lebih daripada sebulan.

    Menurut BBC, pihak polis mempercayai bahawa Lamarr Chambers menelan dadah ketika dikejar polis di Essex, London pada 17 Januari lalu.

    Pada 23 Februari, sebuah outlet menulis bahawa Chambers tidak menggunakan bilik air dalam tempoh 37 hari kerana dipercayai cuba menyembunyikan bukti.

    The Independent melaporkan jabatan polis Essex mengemas kini tentang perkembangan Chambers di Twitter menggunakan tanda pagar #poopwatch (pemerhatian najis), namun tweet tersebut seperti sudah dipadam.

    Jurucakap polis Essex memberitahu Newsweek, pihaknya masih belum boleh mengesahkan sekiranya Chambers akhirnya menggunakan bilik air ataupun tidak.

    Seorang pakar kecemasan di Hospital Lenox Hill New York, Dr Robert Glatter berkata, tidak membuang najis selama berminggu-minggu adalah bahaya.

    Jelasnya, defendan mungkin mengalami sembelit yang teruk kerana najis keras tersangkut di dalam rektum.

    Ia boleh menyebabkan halangan pada usus atau tersumbat yang menghalang makanan dan cecair daripada bergerak melalui usus. - mStar


    Subjects:

  • No Comment to " Sanggup Tahan ‘Hajat’ Selama 37 Hari Sembunyikan Bahan Bukti "