• Sanggup Kelar, Tendang Perut Wanita Hanya Kerana RM5

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Monday, 12 March 2018
    A- A+

    Dasar lelaki-lelaki bacul, bukan sahaja sanggup mengelar tangan seorang wanita, malah dengan kejam turut menendang perut dan menumbuk kepala mangsa hanya kerana mahu meragut beg tangan yang mempunyai wang tunai RM5.

    Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi Isnin lalu itu, mangsa yang juga guru tadika di Wangsa Melawati di Kuala Lumpur sedang menunggu bas sebelum didekati seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal.

    Mangsa Nur Arlina Najwa Abdul Razak, 20, berkata, ketika berada di hentian bas, seorang lelaki menunggang motosikal di atas tempat menunggu bas membuatkan saya curiga.

    "Ketika itu saya bersendirian dan sedang menunggu bas untuk ke tempat kerja. Lelaki itu secara tiba-tiba menumbuk kepala saya sehingga menyebabkan saya terjatuh.

    "Tiba entah dari mana datang seorang lagi lelaki dari arah belakang dan terus menghalang pergerakan saya selain turut mengacukan pisau pada leher saya," katanya ketika dihubungi, pagi tadi.

    Nur Arlina tidak mampu melawan balik atau menjerit meminta pertolongan kerana risau diapa-apakan memandangkan pisau betul-betul berada di lehernya.

    "Kemudian salah seorang daripada mereka cuba merampas beg tangan saya, namun saya cuba melawan sebelum lelaki itu menumbuk perut saya. Saya tidak dapat menahan kesakitan dan terpaksa melepaskannya.

    "Mereka kemudiannya membawa lari beg saya dan meninggalkan saya dalam keadaan kesakitan. Ketika itu saya sedar jari kelingking dan jari manis pada tangan kiri dikelar dua lelaki berkenaan," katanya.

    Dia kini yang beransur pulih berkata, dalam berkenaan hanya terdapat wang tunai sebanyak RM5, namun Mykad, kad ATM, dan buku bank turut dilarikan bersama.

    "Saya berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan dan menangkap suspek kerana mereka sangat tidak berhati perut memperlakukan wanita seperti itu demi mendapatkan wang dengan cara mudah. Kalau mahu duit, pergi cari kerja," katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Sanggup Kelar, Tendang Perut Wanita Hanya Kerana RM5 "