• Salji 'Oren' Macam Marikh

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Tuesday, 27 March 2018
    A- A+

    MOSCOW: Ribut pasir melanda gurun Sahara menyebabkan salji yang turun di kawasan timur Eropah menjadi warna oren sekaligus menjadikan kawasan pergunungan di Ukraine, Russia, Bulgaria dan Romania seperti permukaan planet Marikh.

    Akhbar The Independent melaporkan, fenomena itu dipercayai berlaku akibat campuran pasir, debu dan partikel debunga dibawa oleh ribut di utara Afrika.

    Pakar meteorologi Britain, Steven Keates memberitahu, fenomena berkenaan berlaku sekali dalam tempoh lima tahun.

    “Apabila pasir dibawa naik ke tahap paling atas atmosfera ia kemudiannya disebarkan ke lokasi lain.

    “Daripada imej satelit menunjukkan banyak pasir dan debu di atmosfera bergerak menuju ke Mediterranean,” katanya.

    Sementara itu, ramai pelancong memuat naik gambar mereka di Instagram dan Twitter bermain ski di kawasan pergunungan di timur Eropah yang bertukar warna menjadi oren.

    Gambar berkenaan menarik perhatian ramai pengguna yang pemandangan itu seperti berada di planet Marikh. - Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Salji 'Oren' Macam Marikh "