• Sah Berita Palsu, Tiada RM1 Juta Dalam Equanimity

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 7 March 2018
    A- A+

    JAKARTA – Setelah malu kantoi dakwaan kapal layar mewah Equanimity milik jutawan Malaysia terbukti palsu, kali ini cerita bohong pembangkang konon ada ditemui RM1 juta terbukti fitnah!

    Malahan polis Indonesia mengesahkan bahawa berita penemuan sejumlah wang tunai bernilai RM1 juta dalam Equanimity yang dirampas di Bali baru-baru ini sebenarnya adalah rekaan pihak tidak bertanggungjawab.

    Timbalan Pengarah Direktorat Jenayah Ekonomi Khas, Pesuruhjaya Tinggi Polis Indonesia, Daniel Silitingo berkata, tiada sebarang pun wang tunai yang dijumpai sepanjang proses pencarian bukti di dalam kapal mewah tersebut.

    “Proses pencarian turut disertai oleh pihak ketiga. Jika terdapat wang sebanyak itu ditemui, pasti mereka turut tahu. Apa dijumpai hanyalah senarai anak kapal dan penumpang,” katanya menerusi laporan portal JawaPos.com.

    Berita penemuan wang tunai tersebut tular di media sosial selepas pihak berkuasa Indonesia merampas kapal tersebut minggu lalu dan isu itu dipolitikkan oleh pihak pembangkang yang mengaitkannya dengan dana yang diseleweng daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - MYNEWSHUB

    Subjects:

  • No Comment to " Sah Berita Palsu, Tiada RM1 Juta Dalam Equanimity "