• RON95 turun 3 sen

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 14 March 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Harga runcit bagi produk petroleum RON95 mencatatkan penurunan sebanyak tiga sen kepada RM2.18 seliter berkuatkuasa 15 hingga 21 Mac ini.

    Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON97 pula mencatatkan penurunan dua sen pada harga RM2.45 seliter berbanding RM2.47 seliter sebelum ini.

    Harga diesel turut mencatatkan penurunan satu sen iaitu RM2.16 berbanding RM2.17 seliter minggu lalu. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " RON95 turun 3 sen "