• RM8 Bilion Untuk Sistem Grid Air Di Sarawak

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Thursday, 1 March 2018
    A- A+

    Kerajaan negeri memperuntukkan RM8 billion utnuk pembinaan sistem grid air Sarawak sebagai usaha kerajaan mengurus atur penyaluran bekalan air untuk semua rakyat menikmati air bersih.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata pembinaan sistem grid air akan dimulakan pada bulan Oktober tahun ini.

    “Saya telah memberi peruntukan sebanyak RM8 bilion untuk kita mengadakan (membina) sistem grid air di seluruh Sarawak.

    “Malah, saya telah mengarahkan menteri yang bertanggungjawab melaksanakan projek ini sekurang-kurangnya bermula bulan Oktober ini," katanya

    Tambahnya, beliau mahu projek ini dijalankan dengan cepat kerana mahu semua rakyat dapat menikmatinya dengan kadar segera. - Sarawakiana.
  • No Comment to " RM8 Bilion Untuk Sistem Grid Air Di Sarawak "