• Ringgit di buka tinggi berbanding dolar AS

    Published: Tuesday, 20 March 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (Fed) AS hari ini.

    Pada pukul 9.05 pagi, nota tempatan disebut harga pada 3.9100/9130 berbanding 3.9160/3190 pada penutupan Isnin.

    Ketua Perdagang OANDA Asia-Pasifik, Stephen Innes berkata, mata wang pesat membangun dan pengeluar komoditi terus mengalami penyusutan dalam persekitaran di mana pelabur mengelak mengambil risiko.

    "Namun, dengan pasaran yang mula mengambil kira kecenderungan Fed untuk menaikkan kadar faedah sebanyak empat kali pada 2018, pasaran telah mengimbangi kedudukan dolar AS/ringgit dan mata wang Asia, menyebabkan ringgit tertekan," katanya dalam nota hari ini.

    Innes berkata, prospek Fed mahu segera mengembalikan dasar ke paras normal dan pasaran yang mengelak daripada mengambil risiko, menjejaskan sentimen ke atas ringgit.

    Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang negara pesat membangun.

    Ringgit susut berbanding euro pada 4.8261/8302 berbanding 4.8096/8137 Isnin dan turun berbanding pound British pada 5.4881/4927 daripada 5.4718/4768.

    Berbanding dolar Singapura, ia menyusut sedikit kepada 2.9718/9748 dariada 2.9712/9746 semalam namun mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6849 / 6880 daripada 3.6936/6975. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Ringgit di buka tinggi berbanding dolar AS "